Kenapa dengan mulut pelakon Almy Nadia ?


Gambar dan punca Almy Nadia hidap penyakit kanser mulut - Admin agak terkejut dengan dakwaan sebuah portal yang kononnya Almy Nadia kini menghidap penyakit kanser mulut. Pelik tapi benar bagaimana kejadian tidak diduga ini berlaku kepada seorang pelakon yang sering dirundung malang berkali-kali.



Menurut sumber, penyakit kanser mulut yang dihidapi bekas kekasih Fizz Fairus itu berpunca daripada tabiatnya yang suka merokok secara tidak terkawal lebih-lebih lagi ketika terlalu tertekan, dipetik dari perihalnegara.

Apapun, jangan panik dan jangan terus terkejut dengan berita tidak diduga ini kerana kesan kanser pada mulut Almy Nadia seperti yang korang boleh lihat dalam gambar-gambar di bawah hanyalah kesan solekan khas ketika sedang menjalani penggambaran untuk drama terbarunya berjudul Zikir Di Bibir, arahan pengarah terkenal, Khir Mohd Noor.






Apakah Pekerjaan Gadis Jelita Ini Untuk Menyara Hidupnya [ 11 Gambar ]

Dia nampak cantik dan menawan tetapi anda sukar mempercayai apakah pekerjaannya. Jawapannya di bawah ini.



Inilah kerjanya. Dia adalah seorang atlit dan juga pakar dalam Muay Thai atau Thai Boxer. 

Gambar isteri Rosyam Nor yang cantik menawan

Gambar isteri Rosyam Nor yang cantik menawan - Kehadiran pelakon tersohor Rosyam Nor dalam filem KL Gangster 2 dengan memegang peranan sebagai ketua kongsi gelap cukup membuatkan admin teruja untuk menantikan penayangan filem arahan Syamsul Yusuf itu pada 3 Oktober ini.



Digelar sebagai Tailong dalam filem berkenaan, populariti Rosyam sudah pastinya kembali melonjak naik selepas dua tahun menyepi dari menerima sebarang tawaran berlakon filem. Kini kehidupan peribadi penerbit itu turut sama kembali menjadi perhatian blog-blog hiburan serta para penulis cerita sensasi.

Antara perkara yang paling dicari orang ramai berkaitan diri Rosyam Nor ialah gambar-gambar isterinya yang dikatakan amat cantik, sopan dan masih muda. Cuba korang tengok dua keping gambar isteri Rosyam di bawah, cantik tak? Bagi admin, isteri penerbit Program Pilih Kasih itu memang terlebih cantik.



Permintaan Lisa Surihani Pada Syamsul Yusof

 WALAUPUN belum berkesempatan bekerjasama baik di dalam drama mahupun filem dengan Syamsul Yusof, namun sebagai rakan artis, aktres Lisa Surihani turut bersimpati dengan nasib yang menerima pengarah muda berpotensi besar itu ekoran isu filem bikinannya KL Gangster 2, yang bocor di internet.
Malah isteri kepada Pengarah VFX Malaysia Paling Prolifik, Yusry Abdul Halim, ini terkejut apabila mengetahui khabarnya Syamsul mahu meninggalkan kerusi pengarah buat selamanya akibat terlalu kecewa.
�Sebagai rakan artis rapat, apa yang berlaku pada Syamsul dan industri film kita hari yang berdepan dengan isu cetak rompak ni, sangat menyedihkan. Perkara ni boleh berlaku pada sesiapa saja pembikin filem. Ini satu jenayah yang harus kita banteras. Tapi tak mengapa, polis juga pihak berkuasa kini sedang jalankan siasatan dan kita akan ketahui juga siapa dalangnya nanti.
�Saya berharap penonton yang cintakan filem tempatan, sila lah menonton filem itu di pawagam. Malah teruskan sokongan anad kepada karya-karya tempatan. Kami rakan artis juga terkesan dengan isu ini kerana industri kami. Kami akan pertahankan. Sebab itu bila Yusry sertai kempen anti-cetak rompak, saya beritahu dia yang saya pun nak sertai sama.
�Pada Syamsul, jangan putus asa! Kita lawan isu cetak rompak ni. Jangan mengalah begitu saja! Teruskan perjuangan dan terus menghasilkan karya-karya yang berkualiti. Jangan berhenti, sebab anda adalah pewaris legasi Skop Production�, kata Lisa yang mengharapkan Syamsul tidak patah semangat.
Pada Isnin lalu sewaktu majlis pra-tonton, bapa Syamsul, penerbit dan pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam memberitahu anaknya itu ada meluahkan hasrat mahu meninggalkan kerusi pengarah sekaligus cukup merisaukan Yusof. Malah Malah Syamsul turut tidak hadir ke previu filem itu pada malam tersebut.
Sebelum itu, Yusof dan Syamsul sendiri melahirkan perasaan marah apabila lebih 70 peratus hasil filem berkenaan telah disebarkan di laman Internet sebelum tayangan. Langkah itu boleh menyebabkan kerugian besar kepada penerbit filem jika orang ramai tidak menonton kerana ia telah disebarkan lebih awal secara haram.

Kos pembikinan filem itu menelan belanja kira-kira RM4.5 juta. KL Gangster 2 bakal di tayangan di pawagam mulai 3 Oktober ini. � malaysiaDigest

Pengetua Pengsan Lihat Pelajarnya Mempersendakan Solat Dengan Tarian



Video ni agak disturbing bagi extrimis keagamaan. Di dalam video ini menunjukkan 5 orang pelajar wanita dengan mempersenda solat agama Islam dengan tarian kelab malam.

Pengetua sekolah terbabit telah pengsan sebanyak dua kali setelah melihat video perilaku para pelajarnya. Dia begitu terkejut dengan kejadian tersebut

Namun kejadian ini bukan berlaku di Malaysia tetapi di Sulawesi, Indonesia. Harap video seperti ini menjadi pengajaran buat pelajar di Malaysia dan elakkan berkelakuan seperti ini.


5 TREND TERKINI WANITA MELAYU

sekadar gambar hiasan

5 TREND TERKINI WANITA MELAYU | Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden.
Tetapi kebanyakkan wanita Melayu yang dapat dilihat, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah. Macam mana tu? Sedihnya ramai gadis Melayu �dijajah� semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini.

Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, �kenapa?�.


Mari kita kenali dulu 5 trend atau sikap wanita Melayu yang terpesong dalam zaman moden ni.

Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi 

Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkanlurah dendam �neraka� depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut! Ewwww�simpan la barang-barang privasi korang tu, takyah tunjuk-tunjuk.

Tudung Nampak Bayang Rambut 

Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung. Memang ada pelbagai fesyen tudung wanita yang tidak tahu aku nak ulas camna.

Pertuturan Lancang dan Ketawa Mengilai 

Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak. Kadang-kadang kalau restoran tu, suaranya mengalahkan suara TV yang dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar benda yang tengah dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni.

Bertepuk Tampar Dengan Lelaki 

Persahabatan antara lelaki Melayu dan perempuan Melayu tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata? Lelaki pun satu hal gak, membenarkan dirinya ditepuk dan ditampar oleh wanita. Bukan sedap pun. Sakit wooooo.

Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan 

Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan ini adalah antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam Melayu. Memang dalam perkara ini kaum lelaki Melayu juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian �gadis bertudung� di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi. Astagfirullah. Malu tu kan mahkota seorang wanita.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Cuma aku rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual.

Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Pahit untuk aku katakan, tapi pahit itu lah ubat. Untuk lelaki yang membaca ni, ingatlah, korang nanti akan ditarik oleh golongan wanita ke neraka jika bersikap dayus.

7 Rahsia Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

heliza 7 Rahsia Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan
Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
 7 Rahsia Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan
Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.