Pengetua Pengsan Lihat Pelajarnya Mempersendakan Solat Dengan Tarian



Video ni agak disturbing bagi extrimis keagamaan. Di dalam video ini menunjukkan 5 orang pelajar wanita dengan mempersenda solat agama Islam dengan tarian kelab malam.

Pengetua sekolah terbabit telah pengsan sebanyak dua kali setelah melihat video perilaku para pelajarnya. Dia begitu terkejut dengan kejadian tersebut

Namun kejadian ini bukan berlaku di Malaysia tetapi di Sulawesi, Indonesia. Harap video seperti ini menjadi pengajaran buat pelajar di Malaysia dan elakkan berkelakuan seperti ini.


Pelajar Sekolah Cabul Wanita Dalam LRT




Mereka masih remaja, namun bertindak berani mencabul seorang wanita berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati, walaupun ketika itu masih lengkap berpakaian sekolah.
Malah, mangsa berusia 29 tahun cuba memarahi mereka kerana perbuatan terbabit turut tidak diendahkan sebaliknya mereka bertindak memeluk dan mencium mangsa sebelum melarikan diri.

Wanita terbabit yang terkejut dengan perbuatan remaja itu kemudian bertindak membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, Jumaat lalu.

Sumber berkata, mangsa pada mulanya berjalan berseorangan menuju ke stesen berkenaan kira-kira jam 12.20 tengah hari sebelum terserempak dengan dua remaja lengkap berpakaian sekolah, namun tidak mengendahkannya dan meneruskan perjalanan.

�Bagaimanapun, selepas beberapa meter, mangsa tiba-tiba menjerit selepas bahagian belakang badannya diraba dan sebaik menoleh dia terkejut apabila melihat kedua-dua remaja itu berada di belakangnya.

�Malah belum sempat dia berbuat apa-apa, mereka terus meramas buah dadanya menyebabkan mangsa sekali lagi terkejut dan terus menolak serta memarahi mereka,� katanya - Sumber

AKIBAT BALUN BINI ORANG



Gambar dibawah menunjukkan seorang lelaki yang telah ditangkap melakukan perbuatan sumbang bersama isteri orang..Kebetulan pada masa tersebut suami wanita itu telah memasang perangkap kerana dia mensyaki isterinya berlaku curang dibelakangnya..Ternyata pekara yang itu betul apabila perangkap yang dipasangnya mengena...


Apa lagi..mengamuk sakan la suami wanita itu...nasib baik orang kampung berada disitu untuk menenangkan keadaan..jika tidak..tak tahulah apa nasib isteri dan lelaki tersebut... Menurut laporan..lelaki dan wanita itu telah dibawa ke balai polis yang berhampiran supaya perkara-perkara yang tidak di ingini tidak berlaku..al-maklumlah ada orang baru dapat tangkap isterinya main kayu tiga...mahu tak jadi gila...

Suami dah ada pun tak cukup ke? Ini lah situasi yang kita semua taknak terjadi!

Malangnya nasib lelaki tersebut tak berapa baik apabila dibawa ke balai yang berdekatan dengan hanya memakai seluar dalam..rasanya malu tu memang malu..tapi nak buat macam mana..dah kantoi balun bini orang..jadi kenalah terima hakikatnya...

Cerita ini mengingatkan EP kisah ustaz kesayangan Anwar yang ditangkap khalwat..Nasib baik laki wanita tersebut tak buat seperti perkara diatas terhadap ustaz kesayangan anwar itu semasa dia tangkap isterinya didalam bilik bersama ustaz tersebut..cuba bayangkan jika suami wanita tersebut buat macam perkata diatas...seorang ahli politik a.k.a ustaz turun dari bilik, lalu di hadapan lobby hotel dan berjalan ke balai polis dengan memakai seluar dalam sahaja...hahahahaha..malunya...

Oklah tu kan? Sesetengah tu pukul sampai separuh mati.Tak perlu lah balun.Sebab dalam balai nanti abang2 polis akan balun..hehe
sumber

Awas Gadis-Gadis Yang Pakai Skirt Pendek!


Ini adalah sebab mengapa gadis atau wanita di luar sana tidak digalakkan memakai skirt semasa menaiki kenderaan awam.
Lebih-lebih lagi skirt pendek sehingga paras paha tu. Lagi bahaya!
Sebabnya anda tidak tahu bila akan ada tangan-tangan jahil berkeliaran di belakang anda!
Seperti gambar di bawah ini, ia jelas menunjukkan yang memakai pakaian sebegitu adalah tidak selamat.
Gambar berkenaan menunjukkan seorang lelaki sedang mengambil gambar atau pun merakam bahagian alat sulit wanita.
Dapat atau tidak dia mengambil gambar itu, tak usahlah difikirkan kerana yang penting dia ada percubaan untuk menganggu hak privasi anda.
Jadikanlah ia sebagai ikhtibar. Lebih baik pakai seluar atau skirt labuh.
Bukan saja lebih selamat, malah dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa rogol.


Oleh: KASIH ISA

Pelajar Bersalin Dalam Asrama Sekolah

Pelajar Bersalin Dalam Asrama Sekolah, Bayi Meninggal Dunia

SETIU � Guru dan pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini gempar apabila seorang pelajar dipercayai bersalin di dalam bilik asrama sekolah berkenaan, pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kehadiran bayi lelaki itu disedari penyelia asrama kira-kira jam 8 pagi di dalam sebuah bilik asrama perempuan sekolah berkenaan.

Menurutnya, ketika melakukan pemeriksaan di dalam sebuah bilik, penyelia itu terkejut apabila mendapati seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun terbaring lesu bersama bayi yang masih bertali pusat.
Pelajar Bersalin Dalam Bilik Asrama
�Penyelia itu segera memaklumkan kejadian berkenaan kepada pengurusan sekolah, sebelum kedua-duanya dihantar ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan.
�Ketika ditemui, bayi lelaki dalam keadaan sempurna itu masih bernyawa, tetapi mengalami kecacatan otak dan keadaannya ketika itu agak lemah sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan tiba di HSNZ kira-kira jam 1.15 petang untuk rawatan lanjut,� katanya.
Ab Rahman berkata lagi, bagaimanapun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.40 petang kerana kecacatan tersebut.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada unsur jenayah atau kecederaan akibat dera pada bayi itu sebelum mayatnya diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
Katanya, ibu bayi itu masih dirawat di Hospital Setiu dan pihaknya akan mengambil keterangannya sebaik pulih bagi membantu siasatan.
�Ibu bapa pelajar terbabit sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini. Buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit,� katanya.
Difahamkan, pelajar terbabit amat sedih dengan berita kematian anaknya selepas polis memaklumkan bayinya tidak dapat diselamatkan dan dia mengandung dipercayai hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya. - Sinar Harian
Sumber: mynewshub

Geng Oxy Kembali mengganas

MESIN ATM yang dibakar penjenyah terbabit, semalam.
Kuala Lumpur: Geng Oxy yang biasanya menggunakan gas oxy dalam kegiatan jenayah mereka kembali mengganas, kali ini memecah dan membakar mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di bangunan IME lot 22, Jalan Medan Pasar, di sini, semalam dan melarikan wang RM300,000.


Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Arasa yang memberitahu, kejadian berkenaan kemungkinan membabitkan Geng Oxy.

Menurutnya, kejadian terbabit disedari penyelia bangunan berkenaan berusia 39 tahun pada jam 7.45 pagi semalam sebelum dia memaklumkan perkara itu kepada polis.

�Polis yang tiba ke tempat kejadian mendapati satu lubang ditebuk dalam kedai pengurup wang dan pemeriksaan lanjut mendapati dua mesin ATM dan deposit wang yang berada di dalamnya dipecahkan. �Kami percaya suspek menggunakan gas oxy dan penukul untuk memecahkan mesin terbabit sebelum melarikan wang RM300, 000,� katanya.

Khairi berkata, polis kini memburu suspek dan mengumpul bahan bukti di tempat kejadian termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

�Kami juga akan meminta bantuan pihak bank untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

�Polis percaya kes ini berlaku awal pagi dan tidak menolak kemungkinan kejadian ini membabitkan Geng Oxy,� katanya.- myMetro

Kejam: Badariah Ditemui Mati Dibunuh Dengan Kejam, Dirogol Di Batu Caves

SEGERA: Badariah Dibunuh Dengan Kejam, Dirogol Di Batu Caves

HAJAT seorang wanita untuk mati di bulan Ramadan menjadi kenyataan apabila dia ditemui mati dengan tiga kesan tikaman di dada di bilik tidur di rumahnya di Jalan SM 4, Taman Sunway, Batu Caves dekat Kuala Lumpur petang semalam.

Badariah Hussin, 44, yang bekerja sebagai pengemas bilik di sebuah hotel di Genting Highlands ditemui dalam keadaan terlentang dengan tangan dan kaki di bahagian lututnya terikat.
Rakan sekerjanya Rosnita Ishak, 33, berkata mangsa sering meluahkan hasratnya itu kepada beliau tetapi beliau menganggap ia hanya sebagai gurauan, dan tidak terlintas padanya ia akan menjadi kenyataan.
�Malam tadi saya tidur di rumahnya selepas dia paksa saya temankan dia bermalam dan kami sempat bersahur bersama. Pagi tadi kira-kira pukul 6.45 pagi, dia hantar saya ke stesen bas di Greenwood sebab saya kena kerja, tapi saya tidak pasti dia kemudiannya balik naik apa.
�Dia jarang balik rumah sebab kami kerja di Genting, tapi bila dia cuti panjang dia akan balik. Dia ada juga minta saya supaya tidak bekerja hari ini sebab dia nak bawak saya pergi jalan-jalan. Tapi saya berkeras untuk bekerja,� katanya ketika ditemui Bernama.
Beliau berkata berdasarkan perancangan awal mereka, dia dan Badariah bersama rakan-rakan lain ingin ke Hospital Selayang untuk melawat rakan mereka yang sakit, pada sebelah petang semalam.
�Kira-kira pukul 1 petang kawan saya hubungi dia (Badariah) tetapi tidak dapat. Jadi kawan saya datang ke rumahnya dan tengok rumah dalam keadaan bersepah dengan pintu tidak ditutup tetapi hanya pintu pagar sahaja yang berkunci.
�Lepas menjerit-jerit memanggil dia, tetapi tak ada jawapan, lalu kawan saya panggil orang untuk buka pagar rumah dan menemui arwah di dalam bilik dalam keadaan kaku dengan tangan dan lututnya berikat,� katanya yang mengenali mangsa sejak lapan tahun lepas.
Kakak ipar mangsa Fatimah Ismail, 44, berkata mangsa yang telah kehilangan ibu dan ayah sejak sekian lama merupakan anak keempat daripada enam beradik.
�Kali terakhir saya jumpa dia bulan Januari lalu, ketika dia berkunjung ke rumah saya,� katanya.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
�Kejadian berlaku di sebuah rumah kedai di tingkat tiga. Mangsa yang lengkap berpakaian baju kurung ditemui mati di atas lantai di bilik tidurnya dalam keadaan terlentang dengan tangan dan kaki di bahagian lutut diikat dengan kain.
�Terdapat tiga kesan tikaman di bahagian dadanya manakala kawasan sekitar dipenuhi dengan percikan darah.
�Siasatan awal mendapati tiada kesan pecah masuk, tiada senjata ditemui dan barang berharga milik mangsa juga tidak hilang,� katanya.
Beliau bagaimanapun berkata siasatan lanjut akan dilakukan ekoran terdapat kesan darah pada kemaluan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Bernama

Wanita Cuba Memenangi Hati Suami, Janji Anak Dara Sebagai Hidangan Seks!


China � Hanya kerana ingin memenangi hati suaminya, seorang wanita yang sedang sarat mengandung sanggup menipu seorang jururawat dengan berpura-pura sakit agar suaminya itu dapat melakukan hubungan seks dengan gadis itu.
Mangsa, Hu Yixuan, 17, telah dirogol dan dibunuh oleh pasangan kejam itu.
Kejadian berlaku selepas Hu menolong wanita itu yang dikenali sebagai Tan ketika dia berpura-pura sakit di tepi jalan di bandar Jiamusi.

Hu yang ikhlas menolong wanita itu telah membawanya pulang ke rumah Tan.
Di rumah itu, Hu telah diberi makan yoghurt mengandungi pil tidur oleh suami Tan sebelum dia cuba merogol Hu.
Namun Hu telah terjaga dan cuba melawan sebelum pasangan itu melemaskannya tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Mayat remaja itu kemudian ditanam di kawasan pedalaman.
Perbuatan mereka itu akhirnya dikesan selepas CCTV merakamkan wanita itu dan suaminya membawa beg mengandungi mayat Hu ke dalam kereta.
Dalam masa sama, Hu sebelum itu telah menulis mesej dalam WeChat bahawa dia sedang menghantar seorang wanita mengandung ke rumahnya.
Sementara itu, jiran-jiran pasangan berkenaan memberitahu, Tan telah berpisah dengan suaminya selepas Tan menangkap suaminya meniduri seorang wanita.
Dia kemudiannya cuba kembali ke pangkuan suaminya dan telah menjanjikan bahawa dia akan mencari seorang anak dara bagi membolehkan suaminya melakukan seks dengan gadis tersebut.
Tan kini berada di hospital dan dijangka akan bersalin tidak lama lagi. - Sumber

Lagi Kes Tembakan Terbaru.. Sempat Memandu Ke Balai Polis


Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, Selangor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin, berkata dua lelaki menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada jam 8.45 pagi.

"Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan mangsa, Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu," katanya.

Beliau berkata, dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.


Amiruddin berkata, Wong yang berasal dari Jalan Klang Lama, kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilaporkan stabil.

Kes tembak hari ini adalah yang keempat dalam tempoh lima hari minggu ini.

Isnin lalu, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

Pada 29 Julai,seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Rabu lalu pula, pemandu van kilang N Jeevandran, 26, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di atas kiri perut dan bahagian kanan bawah pinggang di persimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar, Perak. ~bernama | Sumber

Seks Dalam Kereta Peronda - CIF Inspektor Di Penjara 14 Tahun, 10 Sebatan



KOTA BHARU 28 Julai - Seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan iaitu melakukan seks luar tabii ke atas seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dengan menyuruh mangsa melakukan oral seks dan mencabul kehormatan mangsa di dalam kereta peronda polis, empat tahun lalu.
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh, Ishak Mahmud, 49, didapati bersalah atas kedua-dua pertuduhan.
�Saya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, dengan itu, tertuduh didapati bersalah untuk kedua-dua pertuduhan," kata Azman.
Bagi pertuduhan pertama, Ishak didakwa melakukan seks luar tabii dengan menyuruh remaja perempuan berusia 15 tahun 4 bulan itu melakukan seks oral tanpa kerelaannya di dalam kereta peronda polis jenis Proton Perdana di kawasan Kampung Air Terjun Bentagor, Pasir Puteh pada pukul 2 pagi, 2 Oktober 2009.
Bapa empat orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima tahun hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah untuk mencabul mangsa pada waktu dan tempat yang sama.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua seksaan itu jika disabitkan.
Azman mengarahkan tertuduh dihukum penjara 14 tahun dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama serta enam tahun penjara dan lima sebatan bagi pertuduhan kedua manakala hukuman pemenjaraan diarahkan berjalan serentak menjadikan tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 14 tahun.
Pendakwaan semalam dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Sukri Mohamed. 

SHAK diiring keluar dari Mahkamah Sesyen semalam. 
Sukri sebelum hukuman dijatuhkan memberitahu mahkamah bahawa tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai anak antara umur lapan tahun hingga 23 tahun yang mana kesemuanya masih belajar manakala isterinya seorang suri rumah.
�Akibat sabitan ini tertuduh akan kehilangan pekerjaan dan tentunya hukuman ini satu yang perit bagi tertuduh dan masa depan dia serta keluarga," katanya.
Intan Nor Hilwani meminta supaya hukuman berat dikenakan kepada tertuduh kerana kedua-dua kesalahan itu adalah serius.
�Tertuduh juga merupakan seorang polis yang mana sepatutnya menjadi pelindung masyarakat tapi dia sebaliknya dalam kes ini," katanya.
Azman bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman setelah pihak pembelaan memohon sedemikian untuk membuat rayuan di Mahkamah Tinggi

Sumber

Gempar!!! Lagi Kes Bunuh Diri Di Bulan Ramadhan


Si mati telah gantung diri dengan menggunakan tali ampaian dimana tali tersebut di ikat pada besi tingkap nako dan terus ke kipas siling di ruang tamu rumah. Si mati menggunakan kerusi kayu utk memanjat dan mengantungkn diri. Terdapat air kencing si mati di lantai dan lidah si mati sedikit terjelir keluar. Semasa kejadian si mati tidak berbaju dan hanya berkain pelekat hijau.


Hasil temubual bersama isteri si mati Nama Nik Hasnah bt Mohamed semasa kejadian dia bersama dgn anak perempuannya berusia 4 tahun berada di dlm bilik tidur dan semasa itu ada terdengar bunyi kerusi jatuh namun tidak diendahkan..pada jam lebih kurag 2230 semasa keluar dari bilik telah ternampak suaminya iaitu si mati telah mengantungkan diri di ruang tamu rumah dan tidak bernyawa. Sebelum kejadian isteri si mati ada memaklumkan yang telah berlaku pertengkaran kecil diantara mereka berdua dan semasa itu juga si mati ada mengugut si isteri yg dia hendak mengantungkan diri. Semasa kejadian juga grill pintu hadapan telah dikunci dari luar oleh si mati dan kunci rumah tersebut disimpan oleh simati di celah lipatan kain pelekat yg di pakai.

Hasil siasatan dapati tiada unsur- unsur jenayah yg berlaku dan ini adalah berpunca dari permasalah keluarga.

Kes telah dimaklumkan kepada Tuan KBSJD Jeli dimana beliau mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Kes disiasat sebagai SDR dan Io kes SM 84667 Hasnulhai B. Hassan ( OCS Ayer Lanas).
Mayat telah dihantar ke Hospital Jeli untuk tindakan. -TT

Sumber

Makin menjadi-jadi!!Doktor wanita putus jari ditetak penyamun!

KUALA LUMPUR - Seorang doktor wanita putus ibu jari kiri akibat ditetak penyamun bersenjatakan parang sebaik mangsa keluar dari polikliniknya di Jalan SS19/6, Subang Jaya dekat sini awal hari ini.
Sekadar hiasan
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata mangsa juga hampir terputus jari kelingking kiri serta cedera di lengan kiri akibat kejadian itu.Ketika kejadian pada 1.20 pagi itu, mangsa yang berumur dalam lingkungan 50-an diserang suspek ketika menuju ke keretanya yang diletakkan di tempat letak kereta sebelum merampas beg tangan mangsa.

Yahaya berkata berdasarkan laporan polis yang dibuat pengadu, dia dimaklumkan tentang kejadian itu selepas diberitahu isterinya yang merupakan pembantu poliklinik itu.

"Pengadu yang bekerja sebagai pemandu doktor berkenaan telah menghantar mangsa ke Sime Darby Medical Centre Subang Jaya untuk dirawat dan keadaannya kini stabil," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya suspek dipercayai melarikan diri menunggang motosikal Honda EX5 bersama seorang lelaki lain. - Bernama SH

Lelaki bangla kurung gadis selama 7 bulan dan dijadikan hamba D*o*g*g*y



KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 25 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja dikurung sejak tujuh bulan lalu, malah dibelasah dan diper-kosa seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah rumah berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini.
Lebih kejam, mangsa mendakwa dipukul hampir setiap hari sepanjang tempoh itu disebabkan keengganannya menjadi pelacur biarpun dipaksa lelaki terbabit.

Bagaimanapun, wanita terbabit bernasib baik apabila berjaya meloloskan diri daripada �neraka� berkenaan, jam 10 malam Isnin lalu, sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, Khamis lalu.
bangla
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang mengenali lelaki terbabit mendakwa ditawarkan pekerjaan di sebuah restoran dengan gaji lumayan.
�Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan kemudian dibawa lelaki itu ke sebuah rumah di Kepong sebelum dikurung,� katanya.
Sumber berkata, mangsa kemudian dipaksa menjadi p e la c u r dan keengganannya berbuat demikian menyebabkan suspek berang lalu memukulnya.
�Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila dia mendakwa turut di r o g o l lelaki terbabit lebih 10 kali sepanjang tujuh bulan dikurung,� katanya.
Mangsa yang berjaya meloloskan diri daripada kurungan berkenaan jam 10 malam kemudian segera menghubungi rakan dan meminta bantuan.
Katanya, selepas dinasihati rakannya, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki terbabit.
Dalam laporannya itu, wanita terbabit mendakwa lapan lagi wanita turut dikurung dan dipaksa menjadi p e l a c u r oleh lelaki terbabit.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan. � Hmetro

(6 GAMBAR) Kejam! Bayi Dicekik & Disepak



Sejauh mana kebenaran dalam gambar ini sukar untuk ditentukan.
Siapa lelaki ini dan apa hubungannya dengan anak kecil itu pun tidak dapat dipastikan.
Banyak blog dan posting di facebook menyebut lelaki itu adalah bapa kanak-kanak berkenaan, namun sejauh mana kebenarannya sukat untuk dipastikan.

kejam2
Di mana dan bila kejadian ini berlaku pun belum dapat dipastikan.
Namun satu yang pasti, anak kecil itu memang nyata menahan sakit�.masih hidupkah dia?
Dan satu lagi yang pasti�lelaki dalam gambar itu sakit otaknya�dia perlukan bantuan.

MENGARUT! PESTA CABUL BERAMAI-RAMAI DI CHINA

Pesta air di China terpaksa dibatalkan apabila bertukar jadi pesta mencabul. Pihak polis terpaksa menyuraikan mereka apabila gadis-gadis menjadi sasaran kumpulan nakal. Selepas itu mereka beramai-ramai membuka baju dan meraba. Kanak-kanak lelaki pun join sama-\
Lihat paparan gambar dibawah,apa komen anda?



cabul3



cabul5



cabul6



cabul7



cabul8

SUBHANALLAH! API MISTERI BAKAR PELUKIS KARTUN SEBAB HINA NABI MUHAMMAD

DALAM laporan siasatan sebuah akhbar  yang diterbitkan dari Arab Saudi, telah mendakwa bahawa Kurt Westergaard, kartunis Denmark yang menggemparkan dunia Islam kerana
menghina Nabi Muhammad SAW dalam karikaturnya, telah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran.
Pihak berkuasa Denmark telah cuba sedaya upaya  untuk menyembunyikan kematiannya yang telah membuatkan seluruh umat Islam seluruh dunia marah  dengan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. Rentetan dari itu kartunis ini telah menerima ancaman dari  seluruh dunia yang marah kerana penerbitan yang berulang-ulang di akhbar Eropah.

Pada Februari 2008, tiga warga Arab telah ditangkap kerana tuduhan penglibatan mereka dalam yang merancang kematian Kurt. Seorang lelaki Somalia telah juga cuba menikam beliau  tetapi polis berjaya  menyelamatkan beliau. 
Sekadar gambar hiasan
 
Laporan siasatan berkata, kejadian itu berlaku di mana Westergaard telah terbakar serius dan mati di tempat kejadian dan kejadian berlaku dalam biliknya, anehnya, bilik itu telah di kawal ketat tanpa sesiapa pun boleh masuk�. bagaimana dia boleh terbakar? takkan pengawal di luar rumah x perasan?? misteri kematiannya x terungkai dan yang paling penting ia di rahsiakan dari pengetahuan umum.
 
Laporan itu juga mendakwa bahawa beberapa saksi-saksi juga bersedia untuk memberi keterangan tentang apa yang berlaku. Pihak berkuasa Denmark  setakat ini tidak dapat mencari sebarang punca mengenai  api tersebut, sambil menganggap ini adalah konspirasi dari luar yang ingin membunuh kartunis tersebut.
Menurut BBC, sebanyak dua belas orang yang terlibat dalam penerbitan karikatur menghina Nabi Muhammad, tetapi semua mereka, kecuali Kurt, telah memilih untuk bersembunyi untuk melarikan diri dari kemarahan awam selepas umat Islam di seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam perhimpunan bantahan yang dihadiri oleh berjuta-juta orang. Orang2 di Malaysia juga telah menyertai saudara-saudara mereka seperti orang-orang di Indonesia, Bangladesh, India dan banyak negara-negara Arab untuk menyatakan bantahan terhadap konspirasi untuk memburuk-burukkan Agama Islam .
Yang membuatkan lagi ramai umat Islam kesal ialah beliau tidak menyesal dengan apa yg di lakukan.
Akhbar Saudi berkata kematian Kurt menunjukkan betapa kekuasaan  Allah SWT,  walaupun di kawal ketat dan di tempatkan di dalam bilik yg selamat, tiada dapat menyelamatkan dia dari balasan dan azab dari Allah Taala.
 
bilik pelukis laknat.. yg di dakwa tempat di mana ia mati terbakar�.wallahualaam�
yang ni gambar di dakwa kartunis tersebut namun kesahihannya x dpt di pastikan�..

Berita Mesir: Ditembak di kepala, peluru meletup dalam badan..Yang Tiada Dalam Media Perdana


( mayat mereka yang terkorban dalam insiden pagi tadi- Gambar Anadolu Agency)

MESIR: Ikhwan Muslimin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis yang menembak kejam rakyat yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik pagi ini sehingga menyebabkan berpuluh terkorban. Harakahdaily
Jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin Gehad El-Haddad berkata, kebanyakan mayat yang ditemui dengan kesan tembakan di kepala malah ada yang dijumpai dengan organ hancur dan badan terpisah.


"Kami menjumpai orang yang ditembak di kepala. Kami juga mendapati peluru-peluru yang meletup apabila memasuk badan, menyebabkan organ hancur dan anggota badan terpisah.

"Setiap polis dalam dunia ini perlu memahami bagaimana mahu menyuraikan himpunan. Ini adalah satu aktiviti jenayah yang mensasarkan kepada peserta himpunan. Tiada siapa menjangka perbuatan khianat itu datang dari polis dan pengawal Republik. Arahan untuk membunuh orang-orang Mesir yang datangnya dari tentera Mesir sendiri," katanya dipetik Al-Jazeera.

Menurut beliau lagi, tentera dan polis memulakan tembakan kepada penunjuk perasaan yang berada di bangunan Pengawal Republik kira-kira jam 3.30 pagi.

Sementara itu, maklumat terbaru menyebut sekurang-kurangnya 53 penyokong Morsi terbunuh termasuk 5 kanak-kanak dalam insiden itu manakala lebih 300 yang lain cedera.

Difahamkan insiden itu terjadi selepas polis dan tentera Mesir cuba menyuraikan peserta himpunan yang berkampung di sini sejak beberapa hari lalu itu dengan kekerasan menjelang waktu Subuh pagi tadi.

Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan.
Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka.

Kesemua jenazah yang terkorban kini dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah.

Kejam, punggung awek cantik ini kena jolok dengan lelaki nakal !


 
japanese_01
amat kejam..!!

mulaaa!
aiyarrkkkhhhh!
erkhh!
adoiii~~!!

Atlet bola baling SUKMA Dakwa Dirogol Peserta Lelaki


Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu.

Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu. Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang.
Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan.
Kira-kira jam 4 pagi, mangsa menyedari dirinya dalam keadaan bogel, dihimpit oleh seorang lelaki dan suspek dikatakan merogolnya secara bergilir-gilir bersama rakannya.
Dia kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.
�Mangsa dipercayai telah minum minuman keras bersama rakan-rakannya bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini,� kata sumber itu kepada Berita Harian semalam.
Berikutan itu, tiga atlet telah ditahan semalam untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei mengesahkan menerima laporan dan siasatan dijalankan tetapi enggan mengulas lanjut.-bharian

Gempar!!! PELAJAR AMUK BAKAR KAMPUS




CHUKAI � Kampus Ranaco Education & Training Institute (RETI) gempar apabila seorang pelajar tiba-tiba mengamuk mencederakan enam pelajar lain sebelum bertindak membakar bangunan kampus itu menyebabkan 27 pelajar dan seorang kakitangan institusi itu terperangkap, kelmarin.


Pelajar amuk bakar kampus
Pelajar yang cedera menerima rawatan kecemasan oleh JPAM Kemaman
Insiden itu berlaku kira-kira jam 9.20 pagi dan sebaik siren dibunyikan, seramai 1,500 pelajar dan kakitangan yang lain segera berkumpul di hadapan bangunan utama kampus untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Hasil tindakan cepat pihak polis yang segera tiba di lokasi kejadian sebaik dihubungi, pelajar yang mengamuk berjaya ditangkap kira-kira jam 9.36 pagi, namun situasi agak cemas kerana bangunan itu turut dibakar pelajar terbabit.

Bagaimanapun, insiden itu hanya simulasi yang dilakukan dalam latihan respons kecemasan kes amuk oleh RETI bagi menguji semua petugas, pelajar dan kakitangan serta agensi jika berlaku kes seumpama itu di kampus.

Selain 1,500 pelajar dan staf RETI, latihan itu melibatkan 18 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, 10 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan lapan pegawai, anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kemaman serta pihak Hospital Kemaman.

Ketua Pegawai Eksekutif RETI, Kapten Dr Ramlan Ramli berkata, sesi latihan itu melakar rekod tersendiri kerana pelajar dan kakitangan RETI hanya mengambil masa lima minit untuk keluar dari bangunan dan berkumpul.

�Kita adakan sesi latihan melibatkan agensi luar ini setahun sekali dan untuk masa akan datang, kita akan adakan secara lebih realistik bagi menguji tahap kecekapan semua pihak,� katanya selepas selesai sesi latihan berkenaan yang turut disertai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Inspektor Mohd Khairi Abdullah.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mat Zakri Che Long berkata, pihaknya mengalu-alukan lebih banyak pihak mengadakan sesi latihan seperti itu, kerana ia juga menguji kecekapan pegawai bomba.

�Kita sediakan bantuan dengan sepenuhnya dan untuk latihan ini, dua pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Chukai bergegas ke lokasi kejadian iaitu pasukan pemadaman dan pasukan penyelamat,� katanya.