Gambar sekitar kebakaran rumah pengasas produk kecantikan Vida Beauty (13 Photo)


Kebakaran rumah pengasas produk kecantikan Vida Beauty - Umum mengetahui rumah pengasas produk kecantikan Vida Beauty telah terbakar semalam sehingga mengorbankan nyawa dua anaknya, Eddie Zuhdi Mohd. Amin dan Edrie Zikrie selain salah seorang pekerja beliau dikenali Mohd Nor Syamil.


Di bawah ini, admin ingin berkongsi beberapa keping gambar sekitar kebakaran rumah pengasas produk kecantikan Vida Beauty yang amat menyayat hati.












Gambar - Gambar Semasa Tragedi Highland Tower Pada Tahun 1993 (18 Gambar)

Gambar - Gambar Semasa Tragedi Highland Tower Pada Tahun 1993 | Mengikut sejarah, Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini.

Runtuhan tersebut berpunca daripada sistem saliran air yang tidak sempurna di kawasan pangsapuri mewah di Hulu Klang dan sistem perparitan yang tidak dikendalikan dengan sistematik. Proses pembersihan dengan menebang pokok membabitkan sebahagian kawasan di situ menyebabkan ia membentuk sasaran saliran dari atas bukit terus ke kawasan berhampiran dan pangsapuri berkenaan.









Sumber: KoleksiCeritaBest melalui Lepakz

Ngeri!! Chua Boon Huat Pemain Hoki Negara Maut Kemalangan

Chua Boon Huat Pemain Hoki Negara Maut Kemalangan | Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat maut dalam satu kemalangan ngeri selepas keretanya melanggar lori di Lebuhraya Damansara-Puchong, dekat Stesen LRT Kelana Jaya

chua boon huat1 Chua Boon Huat Pemain Hoki Negara Maut Kemalangan
Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Chua Boon Huat yang berumur 33 tahun antara pemain hoki paling lama bermain untuk negara dengan mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998. � bHarian
Dr Fuh � Maut tidak mengenal siapa, berapa umur kita, bila dan dimana. Berhati-hatilah dijalan raya dan bersedialah dengan amalan kerana giliran kita juga akan tiba pada bila-bila masa. Takziah diucapkan kepada keluarga Chua Boon Huat.

AWAS!! iPhone 5 Penyebab Kematian Wanita!!



Apple's iPhone 5 bigger, faster but lacks "wow"
XINJIANG � Apple sedang menyiasat satu kemalangan di mana seorang wanita Cina di Xinjiang, China terbunuh akibat kejutan elektrik ketika menjawab panggilan ketika mengecas iPhone 5, menurut syarikat teknologi Amerika Syarikat itu.
�Kami amat sedih mendapat tahu tentang insiden tragis ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga Ma. Kami akan menyiasat sepebuhnya dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tentang perkara ini,� menurut Apple.
Namun, Apple enggan mengulas lmengenai butiran lanjut seperti sama ada ia adalah satu kes terpencil.
Agensi berita Xinhua yang memetik polis tempatan sebagai berkata, pada Khamis, Ma Ailin, 23 dari wilayah Xinjiang di barat negara China dan juga seorang pramugari dengan syarikat penerbangan, China Southern Airlines, mengalami kejutan eletrik apabila dia menerima panggilan ketika mengecas telefon bimbit.
Kakak Ma tweet dalam mikroblog Sina bahawa Ma rebah dan mati selepas menggunakan iPhone 5 yang sedang dicas dan menggesa pengguna untuk berhati-hati.
�Harap Apple akan memberi penjelasan! Memalukan, mati dalam keadaan begini,� katanya.
Polis dilaporkan mengesahkan Ma mati akibat kejutan elektrik tetapi �masih belum mengesahkan jika membabitkan telefonnya�.
Pada April, Apple meminta maaf kepada pengguna negara China terbabit dan mengubah polisi jaminan iPhone bagi pasaran kedua terbesarnya apabila perkhidmatan selepas jualan terjejas lebih daripada dua minggu dikecam oleh media negara terbabit.
Pengguna China terpaksa membayar kira-kira $80 bagi penutup belakang baru iPhone walaupun mereka adalah percuma di pasaran lain.
Dalam sepucuk surat kepada rakyat negara itu pada masa itu,ketua eksekutif Apple, Tim Cook berkata :�Kami secara ikhlas meminta maaf bagi sebarang kebimbangan atau salah faham.�
Katanya Apple �perlu mempelajari banyak perkara� tentang operasi di negara ini.
Minggu lepas seorang wanita Switzerland mendakwa Samsung Galaxy S3 miliknya meletup, mengakibatkan sebahagian kakinya teruk melecur.
Fanny Schlatter, 18, memberitahu akhbar Swiss Le Matin bahawa dia membawa telefon bimbitnya yang diletakkan dalam koceknya apabila ia meletup.
Schlatter bercadang untuk membuat aduan ke atas Samsung.
Seorang jurucakap syarikat teleknologi Korea Selatan itu berkata :�Apabila kita mendapatkan produk terbabit, kita akan menjalankan satu pemeriksaan menyeluruh untuk menentukan punca sebenar.

Ngeri!!! Gambar Mengeluarkan Mayat Budak Lelaki dari Perut Buaya

 
Hari ni saya mau kongsi koleksi gambar yang menyayat hari dimana seorang budak lelaki telah dimakan buaya. Koleksi gambar ini menunjukkan perut buaya tersebut dibelah bagi mengeluarkan mayat budak lelaki itu.

Saksikan rentetan proses mengeluarkan mayat budak lelaki dari perut buaya.Kredit gambar ni kepada wowberita.com kerana berkongsi gambar tersebut.
 

















 








 
Pesanan saya:Paling selamat mandi di rumah..tidak perlu risau tentang ancaman buaya.


Sumber : donnyien.com