PELAKON yang cukup popular menerusi filem Home Alone, Macaulay Culkin, dilaporkan merayau-rayau di Kota London sehingga mendatangkan kebimbangan kepada rakannya.
Menurut sumber, pelakon berusia 32 tahun ini kelihatan seperti seorang pengemis yang tidak mempunyai tempat tinggal.
�Selepas berparti bersama rakannya, dia menghilangkan diri dan keluar berkeliaran seorang diri.
�Apabila dihubungi rakannya, dia memberitahu sedang bersiar-siar namun keadaannya menggambarkan dia seperti seorang pengemis.
�Malah, rakannya sendiri tidak mengenali dia ketika itu,� kata sumber itu. � Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment