Home » » Derita Hairuman: Mana Akak Pergi�

Derita Hairuman: Mana Akak Pergi�



Masihkah kita ingat dengan pemuda bernama Muhammad Hairuman, 24, yang menjadi mangsa renjatan kabel elektrik ketika mengait buah kelapa sawit di Kuala Selangor dua tahun yang lalu?
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, kehidupan Hairuman sekali lagi dirundung malang.
Ini kerana, kehidupannya ketika ini tidak ubah seperti dipinggirkan, kakak kandungnya yang selama ini menjaga dirinya hilang entah ke mana.
Hairuman Rayu Kakak Bantu Teruskan Hidup
Hairuman meluahkan dia sukar untuk meneruskan kehidupannya termasuklah untuk menyambung pelajaran selepas kakaknya tidak dapat dikesan.

Kakak Hairuman dilaporkan menghilangkan diri sejak bulan Jun tahun lalu.
Hairuman ketika ini baru sahaja mendaftar untuk belajar di Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian (PLPP) Sungai Merab.
Dia sukar untuk memudahkan proses pendaftaran dan pembelajarannya kerana tidak mempunyai dokumen-dokumen penting kerana semuanya berada dalam tangan kakaknya.
Usaha untuk Hairuman menjejaki dan menghubungi kakaknya itu telah dilakukan tetapi, hampa, tidak bertemu jalannya.
Justeru, Hairuman merayu agar kakaknya itu mengembalikan semula semua dokumen penting miliknya bagi memudahkan diri Hairuman menguruskan perjalanan hidup  termasuklah untuk belajar.
�Saya sudah pergi ke rumah kakak, tetapi tidak menemui sesiapa, usaha menelefon juga gagal.
�Saya rayu kepada kakak untuk bantu saya meneruskan kehidupan,� katanya yang dipetik dari laporan akhbar Kosmo!, hari ini.
Ketika insiden malang yang berlaku pada 26 November 2010, Hairuman mengalami kecederaan teruk di semua anggota badannya.
Keadaan diri Hairuman ketika itu, hanya mampu terlantar atas katil selama tujuh bulan dan sukar untuk bergerak sendiri.
hairuman11
(inilah tubuh Hairuman sewaktu ditimpa kemalangan ngeri itu kira-kira dua tahun lalu)
Lebih malang lagi, Allah S.W.T takdirkan tangan dan kaki Hairuman dipotong kerana anggota badannya itu sudah tidak dapat berfungsi lagi.
Namun, perkara hitam yang berlaku dalam hidup anak muda itu tidak pernah mematahkan semangatnya.
Dia lantas bangkit dan mahu merubah hidupnya walaupun kini bergelar orang kurang upaya (OKU).
Di pusat latihan PLPP,  Hairuman mengambil kursus komputer selama setahun.
�Saya berhasrat untuk memperbaiki kehidupan pada masa depan dengan menuntut ilmu di sini. PLPP telah memberikan saya harapan untuk berdikari,� kata Hairuman.
Ketika ini, Hairuman menggunakan menggunakan kaki dan tangan palsu untuk memudahkan kehidupan sehariannya.
Sama-samalah kita berdoa agar Allah S.W.T memudahkan setiap perancangan yang diaturkan oleh Hairuman sendiri.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber: mynewshub

0 comments:

Post a Comment