Home » » Ikan Haruan Gergasi 200kg Diangkut Guna Jentolak

Ikan Haruan Gergasi 200kg Diangkut Guna Jentolak


KUALA TERENGGANU � Kemunculan ikan haruan seberat 200 kilogram (kg) menggemparkan penduduk Kampung Che Kundur apabila ikan berkenaan terpaksa dibawa menggunakan alat mengangkut barang beroda tiga dan jengkaut.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Saad Mahmud berkata, ikan yang dibawa lebih kurang 150 meter dari rumahnya ke tali air berhampiran menyebabkan ramai penduduk keluar dari rumah masing-masing.
�Replika ikan haruan yang disiapkan dalam masa hampir dua minggu ini sebagai simbolik tali air Kampung Che Kundur yang terdapat banyak ikan, selain menjadi lokasi pertandingan memancing.
�Saya sengaja meletakkan replika ikan haruan sebagai mercu tanda kampung,� katanya setelah selesai meletakkan replika berkenaan di Kampung Che Kundur, di sini.
Saad berkata, replika itu sebahagian daripada persediaan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung peringkat daerah dan Anugerah Desa Cemerlang.
�Kita juga dalam proses membina pintu gerbang dan menceriakan seluruh kampung dengan menanam pokok bunga dan memberi fokus kepada aspek kebersihan,� katanya.
Tambahnya lagi, menerusi pertandingan berkenaan, sudah dua kali kampungnya tersenarai tetapi hanya menang sagu hati.
�Kali ini kita mahukan yang terbaik untuk kampung ini,� katanya.

0 comments:

Post a Comment