Kejam!!! Bapa khayal dadah sembelih bayi 11 bulan
Posted by Unknown
Posted on 01:28
with No comments
Kuantan: Seorang bapa dipercayai di bawah pengaruh dadah mengelar bayi perempuannya yang berusia 11 bulan 20 hari, di sebuah rumah di FELDA Panching Selatan, dekat sini, malam kelmarin.
Leher Nur Amirah dikelar menggunakan senjata tajam dalam bilik tidur sebelum disedari ibunya Suzie Jarip, 26, dan neneknya Noriyah Wan Yaacob, 48, yang juga ibu suspek.
Menceritakan kejadian jam 9.30 malam itu, Wan Noriyah berkata, beliau sedang berbaring di ruang tamu rumah, manakala suspek di bilik bersama isteri serta Nur Amirah dan seorang lagi anak mereka, Muhammad Al Amin yang berusia dua tahun, apabila dikejutkan dengan jeritan menantunya.
�Sebelum kejadian, Suzie keluar bilik sebentar untuk mengambil air di dapur, tetapi apabila masuk semula dia terus menjerit dan meraung sejurus melihat Nur Amirah terbaring atas tilam berlumuran darah di lehernya.
�Nur Amirah ketika itu sudah tidak bernyawa dan bapanya seperti dirasuk, masih memegang pisau dan seolah-olah tidak menyesali perbuatan itu.
�Ketika ditanya kenapa melakukannya, dia hanya berkata lebih baik dibunuh sebelum orang lain mengambil anaknya,� katanya.
Wan Noriyah tidak menyangka anak kedua daripada tujuh beradik itu sanggup melakukan perkara itu terhadap anak sendiri.
�Dua tiga hari sebelum kejadian, dia bersikap pelik dan kelihatan gelisah selain beberapa kali dilihat membawa serta mengasah pisau berkenaan.
Bila ditegur kenapa bersikap demikian dan membawa senjata, dia hanya berkata ada orang mahu melarikan anak dan isterinya serta mengganggu keluarganya, katanya.
Beliau berkata, selepas mengelar anaknya, suspek menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian sebelum sebuah peronda polis tiba di rumah.
Apabila polis tiba, suspek tidak percaya mereka anggota polis dan mendakwa mereka mahu mengambil anaknya. Namun, dia ditahan di Balai Polis Jaya Gading, ketika dibawa bapanya, Ismail Mat Taib, 62 tahun.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, mengesahkan penahanan suspek.
Suspek ditahan dalam sebuah Proton Saga bersama bapa dan adik lelakinya di hadapan lampu isyarat Kem Batu 10 kira-kira jam 11.10 malam. Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Pemeriksaan forensik mayat bayi mendapati kecederaan dengan kesan kelar pada leher, katanya.
Semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kes Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan pada 2003, Seksyen 380 pada 2007 dan Seksyen 147 pada 2008.
Beliau berkata, suspek direman dua minggu bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: ewksem.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment