Sewaktu mengemas dan meng-update segala macam mak nenek barang dirumah, aku dapati banyak gambar-gambar lama tersimpan rapi didalam hard disk tanpa digunakan. Ianya merupakan satu pembaziran, jadi aku bercadang nak menggunakanya untuk entri kali ini. Lagipun eloklah aku gunakan gambar ni sebagai bahan, memandangkan sekarang ni aku tengah kekeringan idea.
Malas nak cerita panjang, jadi aku mulakan.
Tiga tahun yang lepas, aku dan beberapa orang kawan sedang dalam perjalanan untuk menikmati laksa di selekoh Simpang Rantai. Setibanya disana, kawan aku meletakan keretanya dibahu jalan bersebelahan dengan stesen minyak Shell. Lalu aku terlihat ini.
Aku teringat kembali yang aku pernah ternampak tulisan ni disekitar Batu Pahat sewaktu di sekolah rendah lama lama lama dahulu. Berdasarkan cerita orang setempat, aku boleh simpulkan yang tulisan tu dah wujud sebelum aku sekolah rendah lagi! Bila ditanya siapa orangnya, semua tak tahu.
Ada cerita yang mengatakan dia merupakan seorang pelajar pintar yang menghidap masalah mental. Tak tahu sejauh mana kebenaran cerita tu sebab banyak versi cerita yang aku dengar dari mulut orang ramai. Sehingga kini ianya masih menjadi misteri bagi aku dan kebanyakan orang di Batu Pahat yang tahu mengenainya.
Jadi soalan aku, siapa Lim Gek Kia ni? Naib? Naib apa? Naib Pengerusi? Korang tahu?
P/s: Cerita ni bersifat setempat, mungkin mereka dari Batu Pahat atau mana-mana ceruk di Johor tahu mengenainya.
0 comments:
Post a Comment