Komen Dato Siti Tentang Teguran ABPBH 2012 di Twitter - KUALA LUMPUR : Bercakap mengenai Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012 yang baru berlangsung pada hujung minggu lalu, pasti ramai penonton yang rindukan kelibat penyanyi pujaan Malaya, Dato� Siti Nurhaliza di pentas berprestij berkenaan.
Namun begitu, penyanyi tersebut tidak menyertai ABPBH yang telahpun memasuki siri ke 26 pada tahun ini.
Meskipun tidak hadir, Dato� Siti Nurhaliza dilihat memantau acara berkenaan secara langsung di TV3 itu dari rumah melalui status Twitternya.
Antara yang menjadi tumpuan adalah komen Dato� Siti Nurhaliza mengenai persembahan pembukaan yang turut mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.
Ada juga dikalangan peminat yang tampil menghentam pemegang 7 kali gelaran Bintang Paling Popular itu di Twitter.
Kesempatan bertemu Dato� Siti Nurhaliza sendiri semalam, memberi peluang kepada Murai.com.my untuk bertanya berkenaan tindakannya itu yang telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.
�Pertama sekali, saya mahu mereka tahu tujuan saya letakkan status bukanlah hendak mengutuk majlis tersebut.
�Sekian lama terlibat dalam industri hiburan, bukannya selalu saya dapat menonton malam kemuncak ABPBH di rumah kerana bertahun-tahun saya terlibat dan hadir ke acara itu.
�Suasana menonton di rumah lain kerana di rumah hanya ada satu ruang untuk ditonton serta dengar.
�Apa yang nampak di kaca televisyen, hanya itu sahaja yang sampai pada penonton.
�Jika ada kesalahan, sudah pastinya akan jelas terlihat di kaca televisyen kerana di tempat berlaku agak bising jadi kita kurang jelas di mana ada terdapat kesilapannya.
�Sedikit sebanyak kritikan itu pasti akan diambil penganjur untuk memperbaikinya untuk tahun hadapan.
�Itulah tujuan sebenarnya, diharap yang membaca melihatnya daripada sudut positif,�jelas Dato� Siti Nurhaliza.
Penyanyi nombor satu negara itu turut menjelaskan bahawa kritikannya itu juga merujuk kepada perkara-perkara yang jelas.
Katanya, dia tidak menggunakan Twitter untuk memburukkan imej malam kemuncak ABPBH 2012 .
�Seperti yang saya cakap berkenaan CD rosak, itu merupakan antara perkara yang paling ditakuti semua artis yang membuat persembahan secara langsung.
�Jadi seperti mana saya cakap tadi, bila di rumah ia kedengaran seperti itu.
�Saya anggap teguran itu dilihat sepertimana penonton lain di rumah yang meluahkan pendapat masing-masing bukannya kerana saya tidak terlibat tetapi dikatakan mengutuk anugerah tersebut.
�Kadang-kadang perkara seperti ini penganjur terlepas pandang dan jika ada penonton yang menonton tampil memberi pandangan sedikit sebanyak mempertingkatkan lagi mutu siaran terutamanya siaran langsung,�jelas Dato� Siti Nurhaliza yang memberikan pandangan di atas kapasitinya sebagai orang yang sudah lama berkecimpung dalam industri hiburan tanah air.
0 comments:
Post a Comment