PASTI ramai yang tidak tahu akan khasiat yang ada pada buah anggur bukan? Yang tahu hanyalah buah anggur itu sedap dan manis.
Anggur atau nama saintifiknya Citrus Paradisi ini kaya dengan vitamin C, vitamin A, B1, B2, dan mempunyai kalori yang rendah. Anggur yang mengandungi 80 peratus air adalah sumber yang bagus bagi kalium, dan mempunyai phytonutrient iaitu bahan aktif yang melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.
Turut terdapat pada buah anggur ini ialah bahan antioksida, dimana kandungan antioksida yang berupaya untuk meneutralkan radikal bebas. Oleh itu, pengambilan anggur sangat digalakkan berikutan kandungan antioksidanya yang tinggi.
Dalam satu kajian yang dilakukan tentang proses metabolik untuk menghadam makanan tanpa antioksida, kecuali lemak, karbohidrat dan protien boleh mengakibatkan kemerosotan pada tahap kemampuan antioksida di dalam darah. Namun ia boleh dielakkan dengan mengambil buah-buhan yang mengandungi antioksida yang tinggi seperti buah anggur.
Tidak dapat dinafikan lagi kelebihan yang terdapat pada buah anggur ini, dan bukan itu sahaja kelebihan yang ada pada anggur, antara kelebihan yang ada pada buah anggur ialah :
1. Boleh menghilangkan bau mulut yang busuk.Banyakkan kelebihan yang ada pada buah anggur ini? Jadi selepas ini jadikan penggambilan buah anggur ini sebagai amalan pemakanan seharian anda untuk menikmati khasiat-khasiat yang terdapat pada buah anggur ini.
2. Mencairkan lendir atau kahak di dalam tekak.
3. Menghilangkan rasa lenguh dan letih.
4. Menghilangkan perasaan marah.
5. Menguningkan warna kulit (menjadikan kulit lebih gebu)
6. Menguatkan daya ingatan dan kecerdasan otak.
7. Mampu menyembuhkan batuk-batuk.
8. Menghilangkan rasa pedih / sakit pada buah pinggang dan pundi kencing.
9. Menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya ia mudah hadam.
10. Menguatkan hati dan jantung.
0 comments:
Post a Comment