Home »
Isu Semasa
» Kakak Sanggup Redah Api Selamatkan Adik
Kakak Sanggup Redah Api Selamatkan Adik
Posted by Unknown
Posted on 07:37
with No comments
Kakak Sanggup Redah Api Selamatkan Adik Dalam Kebakaran Rumah Di PASIR PUTEH | Tindakan berani seorang kakak yang meredah api bagi menyelamatkan adik bongsunya yang sedang nyenyak tidur dalam kebakaran rumah di Kampung Pantai Dalam Rhu, Semerak dekat sini, petang kelmarin wajar dipuji.
Dalam kebakaran jam 3.30 petang itu, Nurul Wani Salleh, 20, nekad meredah api tanpa memikirkan risiko bahaya menanti demi kasih kepada adiknya, Mohd Idham Iskandar, 3.
Bapa mereka, Salleh Awang Hitam, 42, berkata, kejadian itu berlaku ketika lima anaknya termasuk Nurul Fatihah, 12, Mohd Asrol, 13, dan Mohd Asraf, 7, berada di dalam rumah papan tersebut.
�Saya menyedari kebakaran berlaku ketika balik ke rumah apabila melihat api marak dan membakar separuh daripada rumah saya.
�Saya bimbang keselamatan anak-anak saya, alhamdulillah semuanya selamat termasuk anak bongsu yang dikatakan sedang tidur ketika kejadian itu berlaku,� katanya.
Salleh berkata, tragedi lebih buruk pasti menimpa keluarganya sekiranya tiada siapa yang berani meredah api.
Bapa tunggal miskin tegar itu sedih apabila kesemua pakaian raya anak-anak yang dibeli hasil tabungan wang upah bekerja sebagai buruh kasar di kedai pembekal bahan binaan berdekatan rumahnya turut hangus.
Katanya, antara barang berharga lain yang turut musnah adalah dokumen penting, buku teks dan pakaian sekolah anak-anak nya.
Salleh berkata, belas ihsan jiran membolehkan dia sekeluarga berbuka puasa di rumah mereka sementara mendapat bantuan untuk membina semula rumah bagi menggantikan rumah papan yang hanya berukuran 10 meter persegi itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Wan Baijuri Wan Hassan ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, bomba dengan kekuatan 14 anggota dari Besut, Terengganu dan Pasir Puteh dengan dua jentera berkejar ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
Beliau berkata, rumah mangsa di tepi pantai dan terdedah angin kencang itu menyebabkan api marak dengan pantas.
�Kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke rumah berdekatan sementara punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,� katanya.
Sementara itu, Adun Semerak, Zawawi Othman yang melawat tempat kejadian berkata, bantuan kecemasan sebanyak RM1,000 dihulurkan bagi meringankan beban mangsa, sekurang-kurangnya dapat menjalani baki ibadat puasa dengan baik.
Beliau berkata, pihaknya akan memastikan bapa tunggal miskin yang sudah didaftarkan dalam e-Kasih mendapat gantian rumah baharu dalam masa terdekat.
�Kami akan usahakan supaya keluarga ini mendapat rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi membolehkan mereka anak beranak berhari raya dalam keadaan yang selesa,� katanya. � Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment