Home » » Misteri Beratus Ikan Pari Mati Terdampar

Misteri Beratus Ikan Pari Mati Terdampar

 

URSULO GALVAN - Pihak berkuasa Mexico sedang menyiasat kematian sekurang-kurangnya 300 ekor ikan pari yang ditemui terdampar di pantai Chachalacas, dalam negeri Vrecruz di sini.

Penduduk setempat dan pelancong kali pertama melihat bangkai ikan-ikan pari itu kelmarin dan menyiarkan gambar kejadian itu di beberapa laman sosial.
Datuk Bandar Ursulo Galvan, Martin Verdejo berkata, terdapat kemungkinan haiwan marin itu dibuang oleh nelayan selepas terperangkap dalam pukat mereka.

Mereka membuang ikan-ikan pari itu selepas mendapati haiwan tersebut tidak mendatangkan banyak keuntungan jika dijual.

Beberapa penduduk tempatan pula memberitahu, ikan-ikan pari itu dibawa ombak ke pantai Chachalacas ketika matahari terbit.

Walaupun sudah mati, ikan pari masih berbahaya kepada mereka yang berkaki ayam kerana ekornya beracun jika terpijak. - Agensi

http://www.kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment