Home » » Video: Iklan Raya Bernas Masih Mampu Buat Kita Menangis!

Video: Iklan Raya Bernas Masih Mampu Buat Kita Menangis!

 Iklan Raya Bernas Masih Jadi Pilihan

BILA menjelang Aidilfitri, pastinya kita tidak dipisahkan dengan tayangan iklan-iklan korporat yang menyentuh hati.
Umum mengetahui bahawa iklan Aidilfitri yang diterbitkan oleh Petronas, TM, Bernas dan beberapa lagi organisasi sering ditunggu-tunggu.
Walaupun hampir setahun berlalu, iklan korporat Beras Nasional (Bernas) masih lagi menjadi tontonan di laman video, Youtube hingga ke hari ini.
Iklan yang mengisahkan dua orang anak yatim kurang upaya, Ahmad (bisu) dan Fizi (buta) yang ditempatkan di sebuah pusat penjagaan berusaha untuk pulang ke kampung mereka di Segamat untuk berjumpa dengan ibu mereka.
Mungkin disebabkan ramai anak-anak yatim lain balik ke pangkuan keluarga sempena menyambut Aidilfitri, maka dua beradik itu membuat keputusan untuk pulang juga ke kampung pada malam Aidilfitri.
Disebabkan tiket bas dan keretapi telah habis, maka mereka terpaksa memilih untuk menumpang sebuah lori barang yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa India yang menuju ke Segamat.
Setelah tiba di Segamat, pemandu lori tersebut berasa pelik kerana disitu tiada kawasan perumahan kecuali masjid.
Diiringi alunan takbir di pagi raya, mereka berdua hanya bersiap di kawasan masjid sahaja.
Air mata akan mula menitis apabila mereka berdua ke kawasan perkuburan dan rupa-rupanya ibu mereka telah meninggal dunia.
�Ini mak abang. Mak abang, mak adik juga,� jelas Ahmad kepada Fizi yang tidak mampu untuk melihat.
Jauh perjalanan mereka, tetapi hanya mampu berdoa dan memegang batu nisan ketika di pagi Syawal.
Ramai komentator yang masih menonton iklan tersebut menjelang Syawal tahun ini sekaligus melahirkan rasa sedih mereka.
Kami pasti anda juga akan menitiskan air mata.
Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang ini, sama-sama kita meraikannya bersama ibu bapa dan keluarga selagi mereka masih ada.
Bersyukur atas segala kurniaan-Nya dengan penuh keinsafan.
raya1
raya2
Oleh: HARITS ASYRAF | SUMBER

0 comments:

Post a Comment