Home » » Zizan Razak Akui Kekok `Beristerikan` Lisa Surihani

Zizan Razak Akui Kekok `Beristerikan` Lisa Surihani



Zizan berkata, lebih kekok apabila Lisa Surihani adalah isteri kepada pengarah filem yang dibintanginyaitu iaitu Yusry Abdul Halim.

"Sebenarnya saya memang kekok kalau hendak berlakon dengan wanita, lebih-lebih lagi watak suami isteri ni. Bukan dengan isteri orang saja, dengan pelakon yang bujang pun saya dah rasa kekok.

"Tapi bila sudah bercakap dan kami mula brainstorming, saya dapati Lisa seorang yang senang untuk dibawa berbincang dan dia panda buat saya masuk dalam watak itu sehingga saya benar-benar jatuh cinta kepada watak Lisa iaitu Linda.


"Lagipun, kami dah kenal lama dan Lisa orangnya sangat terbuka sehingga kami senang untuk memberi atau membwa watak itu bila berbincang," katanya selepas sidang media Cicakman 3, baru-baru ini.

Selain Lisa dan Zizan, Cicakman 3 yang menggabungkan usahasama tiga studio penerbitan filem gergasi tanahair iaitu KRU Studios, Grand Brialiance dan Astro Shaw Sdn Bhd itu turut dibintangi oleh Fizz Fairuz sebagai pelakon utama.

Apabila ditanya, bagaimanakah watak suami yang cuba ditonjolkan di dalam Cicakman 3 itu, Zizan berkata dia cuba elak daripada bersentuhan dengan Lisa sebaliknya menggunakan cara lain untuk menunjukan kasih saying suami isteri.

"Pada saya jika membawakan watak suami isteri ini, saya boleh gunakan cara atau kaedah lain daripada yang biasa barat lakukan seperti berpelukan dan bersentuhan.

"Demi menghormati adat melayu kita saya akan lebih banyak gunakan ayat dan cara percakapan serta gesture badan untuk menujukan kasih saying sebagai seorng suami," ceritanya lagi.

Cicakman 3 yang bakal menjalani penggambaran bermula 15 ogos ini dijangka ditayangkan di seluruh pawagam di seluruh Malaysia pada 29 Mei 2014.

Secara ringkas, Cicakman mengisahkan mengenai Man yang merupakan peminat tegar Cicakman yang kecewa kerana terpaksa berpisah dengan isterinya Linda dan anaknya Boboy. Dia kemudian cuba membuktikan yang dia mampu berubah.

Keadaan semakin tertekan apabila Adam, beask rakan sekolahnya cuba memeangi hati Linda. Kehidupan Man berubah apabila dia menemui sebuah kotak rahsia peninggalan Cicakman dan Malan belajar menjadi Cicakman yang baru. Bagaimanakah kehidupan baru Man selepas itu? Nantikan kemuncualn Cicakman 3 pada 29 Mei tahun hadapan.

sumber:murai.com

0 comments:

Post a Comment