Allahu Rabbi! Satu Soalan Ini Membuatkan Mufti Saudi Menangis | Allahu Rabbi. Dr Fuh sendiri baca soalan yang diajukan tu pon dah tersentuh hati kecil ni.
Imbauan kisah Ramadan lepas..Mufti Saudi menangis teresak-esak semasa bersiaran secara langsung dalam program TV apabila diajukan soalan dari rakyat Somalia:
�Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftor)?�
Mufti berkenaan menangis kerana jiwanya tersentap dengan penderitaan yang dialami oleh rakyat Somalia sehinggakan tidak ada makanan untuk bersahur dan berbuka puasa.
Hati �mukmin� mana yang tidak tersentuh dengan soalan sedemikian.
Sedangkan kita bermewah-mewah dan berlazat-lazat dengan pelbagai juadah, di sana� nun di sana ada saudara kita umat islam yang menderita�
Ya Allah � ampunkan dosa kami dan kami memohon serta merayu kepadaMu berikanlah pertolongan Engkau kepada saudara-saudara kami di sana� � Kopi Lekat
Dr Fuh � Lihatlah penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Somalia. Tapi di Malaysia setiap kali puasa penuh sana-sini bazar Ramadhan. Macam-macam makanan dibeli sebagai juadah. Akhirnya makanan yang dibeli tak habis dimakan, dibuang-buang.
Cuba kita bayangkan kita berada di tempat mereka. Saksikan gambar-gambar kesengsaraan rakyat Somalia dibawah ini sebagai renungan bersama.
0 comments:
Post a Comment